sayu nya hati ku ya ALlah.. =')
Kuat kan hati.. insyAllah.. Semoga ku mampu.. one day..
Bismillah~
Assalamualaikum wahai si dia yang dinanti. Aku ada pesanan untukmu.
Wahai si dia yang sabar,
Aku wanita yang kadangkala sikapnya mudah berubah-ubah. Kadangkala tersenyum, kadangkala berduka. Ada kalanya aku mudah menuturkan kata-kata yang tajamnya seperti pedang dan mungkin tanpa kusedar, hatimu kusakiti. Maafkan aku sekiranya sikap ini mendatangkan ketidaksenanganmu. Kerna itu, aku harap agar engkau sabar melayan tingkahku. Kerna itu jua, aku harap agar engkau sabar menegurku.
Wahai si dia yang gagah,
Aku wanita yang sering disinonimkan sebagai kaum lemah. Meski ada padaku seni mempertahankan diri, kepetahan mematahkan hujah kata-kata bingit manusia lain, aku tetap memerlukanmu untuk melindungiku. Aku tetap memerlukan kata-kata luhurmu untuk menyejukkan jiwaku yang mudah dijentik. Kerna itu, aku harap agar engkau gagah menyelusuri jalan-jalan kehidupan bersama-samaku. Moga engkau tak jemu.
Wahai si dia yang memimpin,
Aku wanita yang kadangkala tidak tahu arah tujunya. Mudah terpengaruh dek apa yang dilihat dan didengar kerana hati ini lembut dan mudah cemburu. Mudah sahaja dilenturkan keputusan yang muktamadnya masih goyah. Kerna itu, aku mohon agar engkau dapat memimpinku dalam melakukan keputusan. Kerna itu, aku mohon agar sikap pemimpinmu mampu membawaku bersama-sama melayari bahtera jalannya Allah.
Wahai si dia yang masih menjadi kerahsiaan Allah,
Aku pinta kepada Dia untuk kurniakan aku kesabaran menantimu,

Aku pinta kepada Dia untuk memeliharaku dari lincah dunia,
Kerna aku berharap engkaulah satu-satunya adam yang berhak ke atas diriku.
Sesungguhnya, aku menantimu untuk menyuntingku menjadi permaisuri hatimu wahai si dia yang masih menjadi kerahsiaan Allah...

.............................................. =')
sharing is caring.. hee~